MESTIKAH?
meragui tentang tulus setia cinta ini sedangkan kau telah lihat seluruh
kejujuran yang ku kalungkan azimat kemanisanmu disaat aku
hilang di mata mu dantiada di sisi...
MASIHKAH?
harus ada kebimbangan bila jiwamu takut kehilangan saat ada
saingan menjadi cabaran hingga cintaku kaun pertaruhkan untuk
dikorbankan...
BISAKAH?
kau telah lihat seluruh kesungguhan ini walau telah pernah dan
berkali-kali terjadi cinta kita dilukai dan diperjidu memisahkan ikatan
hingga menjadi sempadan dingin dalam perasaan..
PERNAHKAH?
terfikir olehmu sayanggg kau seperti bintang di langit itu
menenangkan dan cantik dipandang mata insan dan bersinar terang
dalam kewarnian bintang dan juga sehebat di mata bulan...
NAMUN...
di mata hatiku kau adalah kerdipan yang selalu memberikan
semangat yang bersinar saat hatiku malap yang menjadi terang dan
saat hatiku tak keruan menjadi tenang dan membuatkan bibir ku terukir
senyuman yang sukar ku luahkan sebelum ini terhadap sesiapa sekali pun...
WALAU...
kau tak pernah menemani hari-hari ku selalu namun kekuatan cinta kita
berkekalan kerana kesungguhan kita untuk terus bersama bertahan
mempertahankannya walaupun mungkin cinta ini akan rebah jatuh ke bumi
tapi kita tetap bersama kerana cinta kita merupakan anugerah terindah
hanya milak kita sahaja..
CINTA...
tak pernah dipaksa dan terpaksa saat kau memilah aku menjadi
bintang hatimu dan tak pernah ku sangka bahwa kau adalah arjuna hatiku
kerna aku sedar siapa diri ini berbanding diri mu tetapi aku percaya kau lebih
tahu mengapa aku disunting untuk menjadi bunga di dalam taman hatimu..
CINTA...
sememangnya akan terus membuatkan kita menangis dan ketawa
kerana dalam sat kita menangis dan terluka maka bermulalah untuk kita
saling jatuh cinta semula bagi menjernihkan keadaan yang keruh itu dalam saat
kita ketawa dan bahagia akan bertambahlah rasa kasih sayanggg kita untuk
terus bersama teguh tanpa sebarang keraguan di hati kerana
kau cintaku dan aku cintamu sayanggg...